HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Tips Sahabat



Assalamualaikum . :)



Harinie aku terasa nak bagi tips persahabatan pulak . Asyik cintan cintun jew kan ? Aku pun borink . Err . So , harinie aku nak kongsikan macam mana nak kekalkan persahabatan . :-

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain . Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya . Misalnya , melarang teman kamu membuat itu dan ini . Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain . Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya . Dan apa yang penting , si dia jujur pada persahabatannya .

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta . Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan . Ada baiknya sebelum api cemburu kamu memuncak , cuba selidik dahulu kebenarannya . Jika ada yang tak kena , tanyalah teman kamu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh . Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang . Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang . Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan hati kan ?

Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam . Misalnya rakan kamu itu menolak ajakan kamu untuk keluar menonton wayang bersama , kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya . Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu . Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia .

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan , tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah . Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat . Seperti menonton wayang , kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aks i. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu . Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya . Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa dihargai dan lebih menyayangi diri kamu .

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri . Tetapi sebagai insan biasa , kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan . Lagipun , sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula kita sesama sendiri . Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan diri kamu .

Macam tips bercinta pun ada kan ? Haaa . Dengan sahabat pun kira bercinta jugak tu . Betul tak anak2 ? *bunyi cengkerik* . So , amalkan yang patut , jauhi yang tak patut . :)


Yang penat meng'copy',  
Sulyanie Ghazali