HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Exam*

Skarang kan trend orang letak gambo boxman nie. Lulz.

Exam? Another stress. Walaupun cuma ujian selaras, tapi agak penting untuk menentukan kelas. Sul taknak turun kelas. Lain-lain subjek tu okay but Add Math tu... huh. Sul tak faham apa kot. Cikgu mengajar cepat sangat. Susah nak pikap.

But sokayh, i'll try my best. Redha jew dengan ketentuan. Now, fokus to study. Baca buku, buat nota. Buat nota, baca buku. *stress aku macam nie* . Bila lah cikgu nak hapuskan exam di sekolah? *tak mungkin*

Kat sini, Sul nak share Petua Ringkas Ulangkaji Berkesan .
  • Kenal pasti tempat yang sesuai dengan anda untuk mengulangkaji.  Mengubah tempat belajar dengan kerap menyebabkan kita tidak berdisplin.  Belajar di dalam bilik hostel terlalu ujian dan rintangan.  
  • Ulangkaji setiap hari sebelum otak kita terlupa.  Jangan tunggu malam peperiksaan.  Budaya "study last minutes" akan memberi tekanan.  Takut-takut kita tak dapat menyerap tekanan yang melampau.
  • Ulangkaji secara berkumpulan.  Cari rakan-rakan yang betul-betul berminat.  Jangan melebihi 5 orang.  Kalau boleh cari pelajar yang rajin.  Kalau cemerlang tetapi malas akan menyebabkan kita terikut-ikut sikap beliau.  Saya dah dah cuba dulu 'study' secara 'grouping'.  Sangat berkesan.
  • Elakkan ulangkaji sehingga larut malam.  Otak kita sukar untuk melawan perasaan mengantuk. Tambah-tambah dalam dewan peperiksaan yang sejuk dan sunyi.  Otak kita hanya berfikir untuk cepat menamatkan peperiksaan segera sebab nak balik tidur.  Sedangkan selepas peperiksaan tamat, tiba-tiba segar.
  • Berdisiplin dalam pengurusan masa.  Jangan biarkan orang lain yang merancang jadual harian kita.  Belajar berkata "TIDAK" terhadap perkara-perkara yagn tidak penting.  Kalau boleh, bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat menuntut ilmu.
  • Jangan gelabah bila markah ujian pertama rendah.  Jangan pedulikan orang lain.  Terutama yang bawa masuk 'toyol' dalam ujian.  Kerana dia memperbodohkan diri sendiri.  Jadilah diri sendiri.  Kenal pasti dimana kelemahan kita.
Jangan pandai baca jer. Amalkan sekali kay? InsyaAllah berjaya. Okay lah, tu jer. Tataaaaaa. :)



4 comments:

MarnieyZ said...

gud luck. semoga capai target. :)

Sulyanie Ghazali said...

thanks yunk. ^^

Aida Ismail said...

Study group is the best option. Lagi satu, buat notes kecik2 tu. Senang nak ingat. Sis selalu buat. Hee~ Good luck in your study k!

Sulyanie Ghazali said...

thanks sis. :D