HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Geram Giler Gaban!

Pernah tengok makhluk Tuhan paling seksi seperti ini?

Tahap gaban punya comel nya! Geram aku.

Comel giler kan? Ramai yang suka kucing. Tapi ader jugak yang geli, takut pun ada. Sul taktau laa apa yang diorang takutkan dengan makhluk murni lagi suci yang digelar Kucing nie. Dee, cakap, takut kene gigit and cakar. Hok alohh, tak sakit mana pun lah. Ader la berdarah sikit. *poyo* 

Harinie, Sul nak share tentang Fakta Menarik Tentang Kucing. Hehe. Let's find out yaw.

  • Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia.
  • Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz.
  • Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.
  • Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh).
  • Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina.
  • Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per minit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh).
  • Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per minit.
  • Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
  • Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing.
  • Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing).
Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.

Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun.

Menarik tak? Menarik letew. ^^





5 comments:

MarnieyZ said...

alolo, cutenya kucing tu. nak bela tp takut tak pandai jaga. hehe

Sulyanie Ghazali said...

jaga kucing senang jew laa. ^^

Mimie Najib said...

kat umah akk ada 16 ekor kucing tau..hehehe

Sulyanie Ghazali said...

wahhh! mesti meriah kan umah awak? untunglaa. :)

Aida Ismail said...

Maknanya kucing sis lebih kurang 7 tahun umur manusia la kann. Haa ce teka umur kucing sis. Hihi. ;p