HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

High School Chapter ; DONE.

Today, 27 November 2014 - Thursday, tepat jam 4.00 p.m, berakhirlah sudah hubungan rasmi aku dengan sekolah. *ceh* . 
Habis jee paper 2 Ekonomi Asas tadi, semua macam muka lega gila.
Pakat jerit "woi jangan balik lagi kata nak bergambar".
Aku dengan semangat bawak keluar monopod *haha*.
Riuh gila tadi.
Rasa macam sebak nak pisah dengan diorang.
Start dalam dewan lagi aku dah start sebak.
Yelah, lepas ni dah tak dapat jumpa macam selalu.
Kalau tengah sedih, pegi sekolah jee mesti happy balik.
Lupa segala masalah.
Sebab kawan the real penawar bagi sedih.

Akan rindu perangai pelik Aman,
gedik Anis,
manja Balqis,
geng citer hantu Zati, Farhana and Zana,
si bajet pendiam Haziq, Shimi and Fadhillah,
Megat yang suka merapu kat belakang kelas,
Harith yang tak matang + hyperactive,
Akif yang marah bila orang jawab salam dia, "woi menjawab" katanya,
Aidil yang kadang2 bising kadang2 diam,
Aiman yang suka politik hahaha,
Aimin, pak ustaz kelas kami,
Azam yang mulut pokpek pokpek macam mak nenek,
Ayen yang erm bajet abang long,
Rafi si ketua kelas yang alamak poyo,
Abe yang always ajak sembang and kuat buat orang gelak,
Erin and Ain yang selalu berdua and sengal,
Wani yang lembut tapi hyper sebenarnya,
Hawa yang garang hahaha :p ,
Masyi yang penuh mysterious erm tapi comel ok,
Suraya yang haih taktau nak describe minah ni hahahaha,
Pinie si pembawa nugget tegar,
Syira yang cam keras kepala and rasa nak sepak laju2,
Wan yang pandai tapi kepala senget gak,
Gajen, the only one Indian in the class.

Baru berapa jam tinggal diorang, dah rasa rindu.
Moga Allah merahmati hidup kalian, berjaya dalam hidup.
And for girls, kita dah janji kan nak lawan siapa mengandung dulu hahaha.

Love uols, 5V1 2014. SMK Seri Manjung, till we meet again.