HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Kesan Buruk Pengambilan Panadol atau Paracetamol



Bila pening kepala je, kita cari panadol, kan?
Kalau tak makan panadol, sampai esok laa tak baik2 kepala tu.
Nak tau tak?
Panadol tu ni sebenarnya bahaya kepada tubuh badan kita.


Keburukan Panadol

1. Merosakkan hati dan buah pinggang
Panadol bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

2. Kesan semakin kurang
Panadol adalah sejenis "painkiller". Semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Tak salah sebenarnya kalau nak makan panadol nie. 
Tapi, jangan melebihi dos yang ditetapkan oleh doktor. 
Dos yang disarankan ialah tidak lebih daripada 8 biji dalam tempoh 24 jam.

Kalau boleh, elakkan laa makan panadol nie.
Kalau sakit kepala, cuba amalkan nie.
Sebagai rawatan alternatif, beli sebotol atau dua botol minuman isotonik. 
Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. 
Mudahnya, secawan isotonik dengan dua cawan air minuman.
Air isotonik tu contohnya 100plus laa.
Kat kedai runcit pun ada haa.
InsyaAllah berkesan.


Sumber :  



4 comments:

Miss Xyz said...

bagus,, saya memang tak suka makan ubat. sbnrnya ubat2 yg jual mmg ada kesan sampingan. cuma sama ada kita diberitahu atau tak. nice post :)

Tashira Sha said...

that is sooo true. tapi bila kepala dah pening gila mmng hentam 2 biji panadol terus. haha

Sabrina SA said...

Ina pernah dengar jugak keburukan panadol ni.. Takut je ina tengok bila ada effect bila kita pregnant nanti.. Ina memang jarang makan panadol ni.. Sebab tak sedap hehe :p

Sulyanie Ghazali said...

Miss Xyz : itu laa. pandai orang sekarang berniaga cuma nak untung tapi tak pikir kesan pada orang lain :(

Tashira Sha : hahaha kan? kalau tak makan rasa macam kepala ni tak baik2 xD

Sabrina SA : heheh baguslaa tu. jangan amalkan yee. :)