HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Last Hangout *maybe* With 5V1

Selfie ciked :*


Esok diorang yang dapat PLKN dah nak pegi mendaftar dah.
Kelas aku ramai gak laa yang dapat.
Alhamdulillah syukur ya rab aku tak dapat hahahah.
Memang aku taknak pun.
Aku nie bukannya jenis lasak sangat.
Plus aku ni ada asthma so takboleh penat-penat sangat.

Disebabkan diorang dah nak pergi, so kitorang plan nak hang out ramai-ramai satu kelas buat kali terakhir.
Lepas ni masing-masing dah bawak haluan masing-masing kan.
Nak buat reunion memang boleh tapi aku rasa mungkin tak seramai ni.
Thats why aku kata yang terakhir. :(
Takpelah, masing-masing dah besar kan.

So, kitorang plan nak buat BBQ dekat Teluk Batik sekali dengan cikgu kesayangan kitorang, Cikgu Sharifah.
Pukul 9 pagi tu dah start bakar arang semua.
Budak laki lah yang settle kan.
Budak pompuan nie keje selfie jee.
Ada gak budak laki yang tak menyabor nak mandi.
Dah lama sikit cikgu pun datang.
Dia dari Ipoh, bercuti rumah papa dia.
Sanggup balik sini semata-mata nak hang out dengan kitorang.
Terharu gila okay.
Then, suprise for her!
Rahman belikan kek untuk dia.
Speechless sampai nak nangis dia hahaha.
Comel sangat okay.
Lepastu kitorang bergambar ramai-ramai.



5v1'ers ♥ 


Kene suap kek wiwiwiwiwiw



 Nazmi, Hawa, Cikgu, Me and Rahman. Kat belakang tu Hashimi and Harith maybe.


Lepastu ayam pun dah siap, kami makan-makan.
Selfie, laughing, share stories, seronok sangat.
Mula-mula tu cuaca agak panas tapi lepas tu angin dah start datang.
Sejuk jee lepas bawah pokok sambil makan ayam.
Kelakar bila donut yang Akif bawak kene curi monyet hahaha.
Akif cakap, "woi 3 singgit tu!"
Memang banyak monyet tu curi.

Ada sorang tak cukup erm. :3 


Lepas puas lepak, cikgu pun mintak diri nak balik.
Banyak kali cikgu ulang, harap kita takkan berpecah.
Harap hubungan kita kekal.
InsyaAllah cikgu, kita takkan berpecah.
Forever 5v1 :)


Le girls 5v1 yang aku sayang sangat-sangat. Ukhwah fillah till jannah. :) *abaikan aku yang tertunduk sebab tersadung dekat ranting erm*

Nanti kalau ajak hang out lagi sekali, mungkin semuanya dah berubah.
Ada yang dah kawen, ada yang dah berjaya, ada yang mengandung, macam-macam.
Cant waitfor that moment. :')

Till we meet again 5v1'ers . 


1 comment:

Wardah Aneesa said...

hihi, teringat pulak zaman memuda dulu, sekarang plak ramai plak yg dah kawenn.. huhu