HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Tips Memilih Warna Pakaian Mengikut Warna Kulit



Today, lets talk about... fashion.
Oghe lo nie semuo nok comey. *eh mcm kenal ayat nie*
Semua orang berhak berfesyen.
Tak kira laa tua muda gemuk kurus hitam putih, semua nya nak cantik.
Plus sekarang ni banyak sangat pakaian yang trendy-trendy untuk semua golongan.
Tapi ingat, jangan jadi mangsa fesyen.
Kalau salah cara pemakaian, boleh menampakkan kita jadi serabut, nampak lebih tua daripada usia sebenar, nampak kulit lebih gelap.
Semua orang nak cantik dalam berfesyen kan?
So harini sul nak share warna pakaian yang sesuai mengikut warna kulit.


1. Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Kalau korang berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklet dan biru muda kerana ia akan membuatkan korang nampak pucat.

2. Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard org Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu gitu. Untuk korang yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan korang nampak menyerlah. Harus diingati korang yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan korang kelihatan kusam. 

3. Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan korang kelihatan lebih gelap.  


Fesyen, fesyen jugak.
Tapi jangan sampai lupa hukum hakam Islam.
Aurat tu kene jaga.
Baru laa nampak macam muslimah sejati.
Gittew.


5 comments:

Flawless Sakura said...

Aummm~ hihihi. Thanks for the info dear :)

Izzaty Zaty said...

ewaaahh~ tips diaa. hihihi thanks share sis ;)

Sulyanie Ghazali said...

Flawless Sakura : welcome siss aumm :*

Izzaty Zaty : hihi welcome :3

Sabrina SA said...

nice sharing kak.. kita kulit sawo matang.. kulit melayu gitewww hehe.. lepas ni kena lah selalu pakai baju wrna hijau & kuning...

Sulyanie Ghazali said...

Sabrina SA : sama laa kita :D yup hihi tapi akak suka pakai kaler pastel sebab nampak comel. kulit sawo matang nak pakai kaler pastel pun okay :3