HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Allahumma Yassir Wala Tuassir

Yeyyy dah siap isi borang UPU. Dan dan dan...


Alhamdulillah. Aku berharap sangat dapat course masscom. Tu pilihan pertama laa. Sebab aku minat ict and communicate dengan orang tu aku memang takde masalah. Walaupun muka aku ni kekadang kerek sampaikan orang macam nak bagi penyepak jee tapi alah benda boleh ubah kan? Dengar kata course masscom ni banyak kene present. Kene banyak cakap dengan orang. First time aku dengar tu memang rasa macam interesting gilaa. Minat sangat-sangat.

Pilihan kedua aku mintak bab-bab macam pejabat macam tu. Minat tu minat laa jugak sebab aku pernah berangan nak kerja dalam office lepastu fall in love dengan anak dato' ..... kahkahkah. Actually aku memang suka. Lagipun aku memang suka buat kerja-kerja formal ni.

Pilihan ketiga aku mintak bab bisnes sebab kat sekolah aku belajar bisnes kan. Walaupun tak minat tapi terpaksa mintak jugak laa sebab dalam borang tu dia 8 PILIHAN!!! Padahal aku nak masscom je T-T

Harap sangat laa dapat masscom tu. Tak kesah laa ada temuduga ke apa. Janji aku dapat sebab aku minat sangat!

Tuhan, makbulkan doa hamba-Mu ini. Amin ya rabbal alamin. :)