HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Bangun.

Penat yang aku tanggung aku saja yang rasa. Orang lain cuma perhati, cuma tau mengkritik. Tak apa, aku sabar. Luka lama masih terasa, tapi aku masih sabar. Pendam sendiri, tak minta orang lain peduli.

Tuhan, lama lagi kah aku untuk aku temui kebahagiaan sebenar? Cemburu lihat bahagia orang lain. Oh, tak patut aku persoalkan. Ini rahsia Dia. Aku percaya, Dia sedang atur sesuatu yang hebat untuk aku.

Memori. Sesuatu yang sukar nak ditinggalkan, nak dilupakan. Andai ada button "delete", belum disuruh aku sudah tekan. Agak bodoh rasanya hidup dihantui memori silam.

Sampai bila agaknya?

Tiba masa untuk aku bangun. Sudahlah, penat sangat. Orang lain yang cuma tau menyakitkan hati aku, akan aku padam sampai bila-bila. Jangan ditanya mengapa aku berubah.

Bangun.

Bangun dari mimpi ngeri. Hadapi kenyataan. Yang lebih mencabar mungkin?

May Allah ease everything. :)