HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Cara Membeli No Pin UPU

Yey dah settle hal beli no pin UPU. Nasib baik tak ramai sangat dekat bank tadi. Biasalah, lepasan spm kan. Hati berkobar-kobar nak sambung study ni hihi. Member aku tanya, "wey UPU tu singkatan untuk apa?" Aku punya la lama pikir, last-last aku jawab "ntah?"

Yang dah lepas spm mesti tau apa guna no pin UPU ni kan. Kepada mereka yang masih taktau, ........ sila lah bertanya kepada mr. google hoho. Hakak bukan kaunter pertanyaan. *amboi bajet nya tampo kang*

Ada 3 cara nak beli no pin UPU ni. 

1. Kaunter BSN  – mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ). Tak perlu ada akaun bank.  Perlu ada nombor Kad Pengenalan.


2. ATM ( Automated Teller Machine ) - perlu memiliki akaun / kad BSN .
  • Masukkan Kad  dan No Pin
  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak
NO Unik ID dicetak di dalam resit tersebut.


3. SMS Banking. - perlu ada akaun / kad BSN.

Perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking . Boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  • Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  • Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  • Masukkan No. Telefon Bimbit
  • Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  • Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN


Better pakai cara nombor 1 je kan. Takpayah susah-susah nak buat akaun bagai. Just pergi bank, isi apa yang patut, tunggu giliran, sementara tunggu giliran tu boleh laa ngorat pakcik guard, lepas tu cakap-cakap dengan abang kaunter. DONE!

Sekian entry aku kali ni. Doakan aku dapat sambung belajar tempat yang aku nak okay. :)