HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Aneka Resepi Kek

bila nama pun bulan puasa, nafsu dekat makanan ni jadi lain macam yee idok? asyik nak post pasal makanan jee. yang lelaki pun dah takde nafsu tengok perempuan, lebih terpikat dekat murtabak, kuih tepung pelita, air bandung dan lain-lain. okay harini aku nak share cara-cara nak buat kek yang memang sedap, memang buat korang terliur.

1. OREO CHEESE CAKE BAKED


Bahan-bahan :

(Base)
300g biskut oreo (dibuang krim)
75g butter cair

(Filling)
500g cream cheese
110g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
20 keping biskut oreo (buang krim dan patahkan 4)

Cara-cara :

(Base)
1. Buang krim biskut oreo dan kisar halus dan gaul dengan butter cair tadi.
2. Tekan padat dalam loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150'c (ikut oven masing-masing)

(Filling)
1. Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan whipping cream, putar sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul sebati.
4. Lapik keliling dan tapak loyang dengan kertas minyak.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar cara water bath.
6. Bakar 150' selama 45-50 minit.
7. Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven selama 30 minit.
8. Keluarkan kek tutup permukaan kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk 4jam @ semalaman.


2. RAINBOW CAKE


Bahan-bahan :

18 sudu besar (2 stick + 2 sudu besar) butter
4 1/2 cawan tepung
3/4 cawan susu segar @ sejat
3/4 cawan air
9 biji putih telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 1/4 cawan gula

Cara-cara :

1. Ambil 2 mangkuk.
2. Mangkuk 1 campurkan susu, air, telur dan esen vanilla, gaul sebati.
3. Mangkuk 2 campurkan tepung dan baking powder, gaul sebati.
4. Dalam mangkuk lain campurkan gula dan butter, putar hingga lembut.
5. Masukkan adunan mangkuk 1, putar sebati.
6. Kemudian masukkan adunan mangkuk 2, putar sebati.
7. Bahagi adunan pada 6 mangkuk dan 6 warna.
8. Bakar 170'c selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing)


3. CHOCOLATE MOIST


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 biji telur grad A
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Putar telur dan gula hingga kembang.
3. kemudian masukkan semua bahan yang lain, putar sebati.
4. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuang adunan.
5. Kukus 45-55 minit klu guna loyang dan kukus 15 minit klu guna acuan kecil.
6. Paskan penutup periuk kukus di balut dengan kain@kertas aluminium supaya air tak menitis atas kek.
7. Kukus guna api sederhana. Kalau guna api kuat atas kek akan merekah.


nampak dap ngat ngat kan? nanti birthday aku, aku nak terai buat semua ni. nak? buat laa sendiri :3

4 comments:

fifie feyca said...

nyum nyum nyum yummeh.. sebbaik tgk mlm2.. hihi..

Sulyanie Ghazali said...

@fifie feyca : hihihi tu laa kalau tengok siang-siang, kurang pahala tu xD

Arpiiz said...

wah, sedapnya tengok gambar2 tu.huhuhuh

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam yanie,
waa
bertingkek2 resipi kek
seklai bagi tuuuuuuu he3