HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Stress Dengan Bluetick Whatsapp? Sorok La!


dari dulu lagi aku dok dengar ada saja yang bising pasal bluetick ni. bluetick jadi punca gaduh laki bini, sentap dengan kawan, tak bertegur jiran tetangga, makan tak habis mandi tak basah, (ada kene mengene sangat kan) dan sebagainya.

jangan salahkan ibu mengandung, malah jangan salahkan bluetick tu, salahkan diri sendiri. kenapa tak husnudzon? mungkin boyfriend awak tu tiba2 mati pengsan baca whatsapp awak yang sweet sangat tu ke, ataupun henpon kawan awak terjatuh dalam lubang jamban ketika baca mesej awak sambil berak. husnudzon la sikit.

kalau taktahan sangat sampai bluetick tu buat awak rasa nak membunuh sesama sendiri, sorok la! apa susah sangat. yes i know ada yang tau bluetick boleh disorok, tapi masih ada yang taktau menatang tu boleh disorok. takpe dik, meh akak ajar.

1. pergi Setting whatsapp awak

2. klik Account

3. klik Privacy

4. untick Read Reciepts tu

done! ramai yang taktau read receipts tu sebenarnya bluetick. sekarang dah tau kan? tapi bila awak sorok bluetick ni, awak pun takboleh tengok bluetick orang lain. adil laa kan? harap lepas ni dah takde pergaduhan disebabkan bluetick yang tak salah pape tu.

adios!