HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Khasiat Tersirat di Sebalik Buah-buahan

Salam 25th Ramadhan sisters and brothers!

Lagi 5 hari je lagi nak raya ni. Mesti tak sabar kan? Nak jumpa sedara-mara yang lama tak jumpa, nak melantak ketupat, merasa rendang, pakai baju baru. Cakap pasal baju, persiapan korang macam mana? Dah settle belum? Aku, alhamdulillah semua dah cukup. Ala kadar je, sebab mood raya tu takde.


Nak kongsi sikit ni pasal buah-buahan. As all know, buah-buahan ni banyak khasiatnya kan? Untuk cantikkan kulit, elok untuk sistem penghadaman, macam-macam la. Boleh dikatan buah-buahan ni penawar yang sedap. Semua buah sedap kan. So harini aku nak share dengan korang khasiat-khasiat buah yang jarang korang tahu.


Strawberry
Nama saintifiknya Fragaria. Ia tumbuh menjalar dan kaya dengan vitamin C, vitamin K, asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6, magnesium, omega 3 dan juga antioksidan yang berupaya memerangi radikal bebas.

Kiwi
Cukup sekadar 2 biji kiwi sehari sudah memadai sebagai diet seimbang harian anda. Ia dikatakan memiliki sajian gizi terbaik dan mineral yang seimbang sebagai khasiat lengkap keperluan manusia. Dua kali ganda manfaat vitamin C daripada oren dan dua kali ganda khasiat vitamin E berbanding avokado, sangat berbaloi untuk dijadikan hidangan terbaik.

Beri
Kaya dengan khasiat antioksida, vitamin C, E, sumber serat yang tinggi dan kepekatan pati antosaninn sangat membantu melindungi diri daripada serangan jantung, kanser, kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.

Naga
Buah naga yang sungguh manis ini juga dikenali sebagai Magifera Indica. Ia terbukti berkesan mengurangkan risiko barah, gangguan peredaran darah dan juga masalah jantung. Kandungan vitamin B2, B1, C, A, antioksidan dan kalsium sangat mengagumkan.

Prun
Buah ini merupakan buah pelam yang telah kering. Ia memiliki khasiat antioksidan, vitamin A, kerotin, mineral, polyphenol dan juga serat yang tinggi yang mampu memperlahankan proses penuaan dalaman dan luaran badan manusia.

Tembikai
Kadar kalori dalam buah ini sangat rendah. Kehebatan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potassium, protein, sodium dan gula di dalamnya mampu mengawal tekanan darah, meningkatkan daya penglihatan dan membantu proses penyembuhan luka.

Epal Merah
Epal merah yang kaya dengan kandungan serat ini berupaya membantu melawaskan masalah perut. Selain itu, ia juga memiliki bahan fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm, phloridzin dan asid klorogenik.

Lemon
Buah sitrus ini selalu digunakan untuk diperap bersama makanan laut yang mentah mahupun daging sebagai agen pembunuh bakteria dan mikroorganisma di dalamnya. Ia juga terkenal membersihkan sistem penghadaman dan hati serta mencegah jangkitan saluran kencing. Kandungan vitamin C, B2, B3, B5, B6, karbohidrat, lemak, protein dan kalsium nyata tidak mengecewakan.

Sumber : Majalah Dara.com


So, kepada yang tak makan sayur (macam aku), banyakkan macam buah okay. At least badan korang tu ada la vitamin yang boleh sihatkan badan korang tu. Takpun korang buat jus je. Bulan puasa ni kan, lagi la badan tu perlukan vitamin.

Salam Ramadhan and Salam Aidilfitri semua :)