HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Raya!

Selamat hari raya gais!

Awal-awal raya tu tak sempat nak update entry baru sebab busy beraya kan. Sekarang ni baru ada masa terluang nak blogging balik.

*padahal busy tidur*

Tahun ni aku raya dekat Taiping, Perak. Memang tiap tahun raya Taiping sebab dua-dua belah parents orang Taiping. So pagi tu raya rumah belah mak, petang belah abah. Adil la kan?

Kitorang satu family (without abang sulung, abang dah balik sana dulu sebab dia dari Melaka terus ke Taiping) balik malam raya. Dalam pukul 12 pagi jugak la baru sampai Taiping. Sebelum sampai tu ada la beli kerepek-kerepek lelong 13 bungkus RM10. Murah gila kan? Nama pun lelong malam raya. Sampai je kampung, terus mengadap tv. Rumah tu Tok punya. Sejak Tok meninggal, Cik (my mom's sister) yang duduk situ. So beraya dengan diorang la.

Raya Pertama

Esoknya 1 Syawal yey! Selalunya lepas Subuh memang cari katil balik, tapi haritu semangat nya taktau nak kata. Dekat tv ada takbir. Lagi laa semangat raya tu datang. Sorang demi sorang family bangun tidur. Yang lelaki pergi sembahyang raya, yang perempuan prepare makanan. Aku biasalah tiap tahun memang keje aku isi kuih dalam balang untuk dihidang. Banyak kuih tunjuk je, kuih buat ada la dalam 2 3.

Iron baju, mandi, mekap lawa-lawa. Lepastu mereput taktau nak buat apa. Hadap tv lagi la jawabnya. Sambil tu selfie dulu :3

sibuk je si kecik tu nak interframe


Dah tengah hari sikit baru la mula tetamu datang. Tu pun tak ramai. Nak dekat pukul 3 macam tu, abah ajak pergi beraya rumah sedara belah dia.

my #ootd for 1st syawal


mama :3


Siap-siap lepastu beraya dalam 4 5 buah, sebelum maghrib kitorang balik rumah Cik. 

Guess what?

Ramai gila rumah Cik.Ruang rumah tu besar, tapi memang padat dengan manusia. Taktau lah ada berapa puluh family dalam rumah kami. Family belah Yong (kakak sulung mak) and family belah Cik Budin (suami Cik). Memang ramai sangat. Nak masuk rumah sendiri pun segan. Lepas salam-salam semua duduk termenung. Nak sembang pun dah tak larat sebab penat balik beraya. Perut pun memang macam perempuan pregnant 5 bulan. 

Dalam pukul 11 malam macam tu baru rumah reda. Time tu la baru boleh mandi apa semua. Imagine aku dengan baju kurung dari pagi ke malam. 

Penat tapi seronok :)

Raya Kedua

Raya kedua ni rumah tutup sebab kitorang beraya lagi. Daripada tengah hari sampai malam. Raya kedua turn beraya belah sedara mak. Sebelum tuu..


sisters selfie!

Yang ni pun agak malam la baru boleh balik mandi apa semua. Lepastu layan runningman ramai-ramai.

Raya ketiga, pulang ke Manjung. Sambung beraya kat sini pulak :)

Done cerita raya. Cerita raya korang pulak macam mana?