HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

Review : Jeju Aloe 99% (Aloe Vera Gel)

Assalamualaikum readers!

Mood harini nak review pulak huhu. Bukan selalu kan. Harini aku nak review pasal Jeju Aloe 99% from TheFaceShop. Alah kan sekarang tengah hot pasal Aloe Vera Gel ni kan. Dekat twitter aku ada follow @twt_kecantikan, ramai yang recommend benda alah ni. Nak dekat sebulan jugak aku pakai.

Ini laa ghupe menatang yang aku dok sebut dari tadi. Besar bekas dia sebesar tapak tangan!

Memang sedap sangat pakai. Dia sejuk and wangi. Memang nyaman kalau sapu dekat muka sebelum tidur. Tiap kali pakai mesti sengeh sorang-sorang sebab sedap je rasa haha (gila ke apa). Nak tau Aloe Vera Gel ni untuk apa?


Yup, memang banyak kegunaannya. Aku sapu dekat muka tiap hari sebelum tidur. And guess what? Jerawat pasir dekat dahi hilang dalam masa seminggu je! I'm having a really bad acne at my forehead but now, pop! Hilang! Sayang menatang ni ketat-ketat.

Aku beli ni dekat The Face Shop dengan harga RM23.00 rasanya. Waktu tu ada promosi, buy 1 free 1. Kakak aku dah bantai satu bekas hm tak guna. Sekarang ni taktau la promosi tu ada lagi ke tak.

Memang tak rugi kalau beli. Bekas dia besar, memang tahan lama. And yang paling penting, dia wangi. Hihi.

3 comments:

Sakila Rani said...

Macam best je.. Wangi tu penting ^^

http://mamasihatcantik.blogspot.com

Rusmeyati Nordin said...

Ok nanti boleh cuba ni jugak..
Nak sihat n cantik mesti jaga dari awal2 lg..
Amalkan juga vitamin tau :)
Vit C paling penting

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam yanie,
waa
macam menarik jaaaa :)