HOME ABOUT LINKIES STUFF DASHBOARD FOLLOW

"Saya nak kulit flawless secepat mungkin!"

Assalamualaikum gais! Happy tuesday ♥

Dalam dunia ni, ada ke yang taknak cantik? Taknak hensem? Ada ke? Maybe ada but maybe he/she has their own reason la kan. But majoriti semua nak cantik semua nak hensem. Ada yang sanggup berhabis duit untuk nampak sempurna depan orang.

Lagipun lumrah dunia sekarang, jugde orang berdasarkan rupa. Yang cantik orang suka, yang hodoh orang tak suka. Thats why orang berlumba-lumba nak jadi cantik. Sebab kalau hodoh orang taknak dekat dengan kita, kita buat baik pun orang tak pandang, and ada certain pekerjaan yang kalau hodoh dia tak ambil bekerja. Wow whats wrong with world? Eh banyak nye W.

Takpayah tengok negara lain la, negara sendiri pun banyak kita nampak semua bekejar (eh betul ke imbuhan ni) nak jadi cantik. Ditambah pulak dengan produk-produk pemutih kulit, hilangkan jerawat, macam-macam. Dnars laa, AuraWhite laa, Dherbs, VAsia, macam-macam! Kalau nak list kan semua memang sampai raya tahun depan pun tak habis lagi menaip.

"Hanya seminggu untuk dapatkan kulit tanpa cacat cela!" Selalu sangat kan kita nampak ayat ni dekat tv/magazine/social media. Peniaga berlumba nak jual produk mereka and bersaing dengan peniaga yang lain. Honestly aku pun kadang-kadang tertipu jugak. Impress dengan testimoni yang seminggu je dah putih, jerawat dah hilang, kulit licin habis. Tapi nak tau tak? Mostly produk-produk macam ni bahan chemical diorang sangat bahaya untuk kulit. Mula-mula pakai memang nampak kesan cantik, tapi bila stop pakai produk tu, kulit akan jadi lagi teruk dari yang sebelum kita pakai produk tu. Mostly kulit akan jadi lagi banyak jerawat, kulit akan kusam. Sanggup ke?

Nak cantik tu tak salah. Cuma pentingkan kesihatan and berhati-hati. Dulu pernah jugak nak try produk NourAin yang diorang kata bagus sangat tu. Tapi lepas ada feedback kata bila stop pakai kulit jadi makin teruk tu terus hilang nafsu hahaha.

Konklusinya, accept yourself as what you are. Kulit jerawat penuh ke, jangan gelabah nak kulit flawless secepat mungkin. Nak cantik ada step dia, kena slow-slow. Apa yang penting untuk cantik, jaga pemakanan, jaga kebersihan, minum air yang cukup, rajin work out. Ok?

Saya ada satu tips nak dikongsi untuk dapatkan kulit flawless without any produk (untuk perempuan je). Ni antara kita-kita jelah ye jangan bagitau orang. Ni tips dari orang-orang tua, petua orang Kelantan. Kalau period, first day period tu sebelum basuh pad awak, sapu pad yg masih ada darah tu kat seluruh muka. Lepastu basuh lah muka tu. :)

..............

HAHAHAHAHAHAHAHA mesti terkejut kan hapekebende punya petua ni! Ni memang petua orang dulu-dulu and memang berkesan. Tapi disarankan jangan buat lah sebab darah tu kan kotor. Jijik sangat lah petua ni. Tapi taktau lah kenapa berkesan zzzz.

Thats all for today. Kipidap! Adios!

3 comments:

syasandeul said...

mmg pernah dgr petua tuu tp tak berani nak try sbb... hahahahaha haih ;_;

Syifa Auliya said...

LOL tak berani tak try T_T

Lenne Danielle said...

memang mujarab sebab my mom pernah buat! tapi utk kita ni, antara sanggup tak sanggup tu je lah hahaha T.T